Pada 6 Oktober 2024, Persatuan Jurutera Marin Malaysia (PJMM) telah menganjurkan Electrical Workshop yang bertempat di Pejabat PJMM, Temerloh, Pahang. Bengkel ini diadakan khusus untuk ahli-ahli PJMM secara percuma, sebagai inisiatif bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan elektrik marin.
Bengkel ini memberi fokus kepada Starter Motor, Panel DOL & SD Troubleshooting, membolehkan peserta memahami sistem dan kaedah penyelenggaraan yang betul. Para peserta mendapat bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman, di mana mereka berpeluang untuk melakukan praktikal dan menyelesaikan masalah elektrik secara langsung.
Dengan kehadiran yang menggalakkan, bengkel ini bukan sahaja menjadi platform pembelajaran tetapi juga ruang bagi jurutera marin untuk berkongsi pengalaman serta memperkukuhkan hubungan dalam industri. PJMM komited untuk terus menyediakan lebih banyak program latihan dan pembangunan profesional bagi ahli-ahli persatuan.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menyertai Electrical Workshop ini. Nantikan lebih banyak program bermanfaat daripada PJMM! 🔧⚡











