TERMA & SYARAT KEAHLIAN PERSATUAN JURUTERA MARIN MALAYSIA (PJMM)
1. Pengenalan
Terma dan syarat ini mengawal penyertaan dan keahlian dalam Persatuan Jurutera Marin Malaysia (PJMM). Dengan mendaftar sebagai ahli, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh persatuan.
2. Kelayakan Keahlian
2.1 Keahlian terbuka kepada semua profesional marin termasuk jurutera marin, kelasi enjin, dan pelajar dalam bidang kejuruteraan marin.
2.2 Semua permohonan keahlian tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan PJMM.
3. Yuran Keahlian
3.1 Yuran keahlian yang dikenakan adalah seperti berikut:
– Jurutera: RM 100 setahun atau RM 1,000 sepanjang hayat.
– Kelasi Enjin: RM 50 setahun atau RM 500 sepanjang hayat.
– Penuntut: RM 10 setahun.
– Yuran Pendaftaran: RM 10. 3.2 Yuran keahlian tidak akan dikembalikan sekiranya ahli menarik diri atau keahlian ditamatkan.
4. Hak dan Tanggungjawab Ahli
4.1 Keahlian adalah dibuka kepada semua Warga Kejuruteraan Marin (Warganegara Malaysia) yang masih aktif berlayar atau bertugas didaratan serta penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam bidang yang sama.
Semua Pelaut Enjin berkenaan berhak untuk menjadi ahli sekiranya memohon menurut Fasal 5(2).
4.2 Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut diatas, hendaklah setelah membayar bayaran PENDAFTARAN dan yuran TAHUNAN pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.
4.3 Penetapan kepada Pelaut Enjin yang tidak mahu jadi ahli persatuan, maka secara automatik dia tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan oleh persatuan serta tidak dijemput untuk menyertai atau terlibat dalam sebarang majlis di bawah kelolaan persatuan.
5. Penamatan Keahlian
5.1 Keahlian boleh ditamatkan sekiranya ahli:
– Melanggar peraturan atau etika PJMM.
– Gagal membayar yuran tahunan selepas dua peringatan bertulis.
– Melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan reputasi PJMM. 5.2 Keputusan penamatan keahlian adalah hak mutlak pihak pengurusan PJMM
6. Perubahan Terma & Syarat
PJMM berhak untuk mengubah atau mengemas kini terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal. Ahli dinasihatkan untuk menyemak perubahan dari semasa ke semasa.
7. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan keahlian boleh diajukan melalui:
Alamat: No. 8B, Jalan BDS 2, Taman Bukit Desa Semantan, 28000 Temerloh, Pahang, Malaysia.
E-mel: admin@pjmm.com.my
Telefon: +60 13-764 1330